"Dan cuba fikirkan dengan mudah, jika Tuhan kepada sekalian alam meredhai kita, mengashi kita, bukankah hidup kita akan lebih mudah Insya Allah?
Pokok pangkal segala perkara adalah kolam jiwa kita atau hati kita kerana di situlah penilaian utama dariNya. Ramai orang cuba mencari kekayaan harta, banyak wang atau cuba mencari rezeki dengan bekerja atau berniaga, tetapi akhirnya tidak dapat apa yang
diinginkan, duit yang ada semakin "bocor", lagi dicari lagi hilang..... Kenapa?
diinginkan, duit yang ada semakin "bocor", lagi dicari lagi hilang..... Kenapa?
Wallahu A'lam kenapa. Tetapi atas pengalaman saya sendiri, saya dapati bila hati kita tidak ‘connected’ dengan Allah swt, tidak lakukan sesuatu untuk dapatkan kasih sayangNya, saya dapati kehidupan saya dahulu sangat susah walaupun nampak senang. Hati tidak tenang. Masalah tidak putus-putus. Duit makin dicari makin tiada.
Tetapi, beberapa formula yang saya selalu kongsikan di dalam kelas- kelas seminar saya yang telah saya lakukan dengan izinNya, Alhamdulillah banyak merubah hidup saya serta kemudiannya kewangan. Ada 2 perkara atau bahagian yang anda perlu tahu. Pertama, usaha dan ikhtiar luaran. Kedua, usaha dan ikhtiar dalaman.
Usaha luaran tidak bergantung pada usaha kudrat empat kerat tetapi yang lebih penting adalah usaha dengan bijak dengan ilmu. Ramai yang ingin memperbaiki hidup mereka tetapi tidak ada ilmu atau tidak mahu mencari ilmu. Sebab itu saya sangat percaya dengan prinsip untuk berjaya dengan pantas kita perlu ada Mentor, Ilmu tentang Emosi (Elmu), Strategi yang terbukti berjaya, Tindakan luar biasa dan Impian yang jelas. (M.E.S.T.I).
Usaha dalaman pula melibatkan usaha dengan memperbaiki hubungan hati kita kepadaNyadan sesama makhluk terutamanya manusia lain. Peliknya ialah, untuk kita memperbaiki kehidupan dan kewangan kita, lebih banyak kita buat perkara di bawah ini, Insya Allah kehidupan kita akan lebih tenang dan kita boleh rasai keberkatanNya serta kemurahan rezekiNya.
Anda nak tahu apa?
Niatkan buat apa sahaja kerana mahukan redha Allah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.
Gembirakan makhluknya iaitu manusia lainnya dengan bersedekah. Dan jangan tunggu bila kononnya ada banyak duit nanti baru nak bersedekah. Insya Allah pengalaman saya sendiri, susah anda akan dapat banyak rezeki dan barokah jika anda tidak biasakan bersedekah sebagai agenda harian hidup anda walaupun bermula dengan amaun yang kecil hingga menjadi bertambah besar. Bila orang lain menerima musibah, ia sebenarnya bukan hanya ujian Allah swt kepada mereka tetapi ia juga ujian Allah swt kepada kita untuk melihat di manakah tahap iman kita kerana dikatakan satu maksud hadis yang saya pernah baca, tidak dikatakan seseorang itu beriman sehingga dia lebih menyayangi saudara Islamnya lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri. Erm, tapi hari ini ianya macam tidak berapa banyak berlaku. Wallahu A'lam. Setiap hari orang Islam bertekak tentang perkara-perkara yang entah apa-apa.
Sentiasa melihat keadaan kita, apa yang kita ada sebagai lebih baik dari mereka yang lebih dahsyat ujianNya, maka kita biasakan bersyukur. Contohnya, kita mungkin belum hidup senang, tetapi kita masih dapat makan 3 kali sehari sedangkan ada ramai orang lain nak makan satu kali sehari pun susah. Jadi, kunci kata di sini adalah BERSYUKUR.