Pages

Sunday 12 June 2016

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak cerita sikit ilmu yang saya dapat masa seminar IMKK Dr Azizan Osman (DAO)  di Shah Alam selama 3 hari pada bulan Dis.2015 tempohari.. Ramainya yg join IMKK ni...hebat..hebat betul Dr.Azizan..penuh sit....6,000orang tu..tak berganjak khusyuk betul dengar Dr.Azizan Osman berceramah... Tapi tak sangkalah..pulak dalam ramai2 tu ada juga artis mengikuti seminar 2 hari ni seperti  Ziel Jalil & Era Fazira....    Kami seramai 7 orang yg pergi seminar ni... Hasmi, Rashihah, Diana, Kak Norsiah, KY, Latipah...Memang puas hati dengan pengisian modul2 yang diberi sesangat menyentuh hati & perasaan  dengan penyampaian DAO yang memang cukup mantap dan berkesan... Kata-kata DAO penuh  semangat.....Kata-kata motivasi  dari DAO banyak beri impak & kesedaran pada kami..sentap jugaklah. Apa yang penting dan selalu diulang2.beliau.adalah tentang kolam jiwa (hati) kita yang berkeladak perlulah dibersihkan.. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk bersihkan diri ...Kita perlu ubah minda  dan fokus dengan jelas apa yang kita hendak serta kita mestilah buat yang terbaik sampai habis dan juga mesti ada matlamat/plan.

"TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB ATAU KEADAAN SESUATU KAUM/ORANG SEHINGGA IA MENGUBAH DIRINYA.

Inilah yang  perlu kita lakukan hari2 " bersedekah secara konsisten..ia adalah magnet rezeki...Selain itu masa berdoa mesti dalam keadaan ALPHA itu adalah sebaik2 masa untuk "submission" pada Allah swt.contohnya masanya 1/3 malam,  sewaktu hujan lebat....

Ada beberapa cara untuk menarik kejayaan yang ingin saya kongsi antaranya:

-  Fikirkan masalah orang dan apa yang mereka perlukan

-  Yakin Penuh Percaya (Law of faith)

-  Kenal Pasti Penghalang utama yang menghalang apa yang anda mahukan

-  Perlu konsisten dengan orang yang positif

-  Kenal pasti matlamat hidup anda dengan jelas

-  Kuasa ilmu tertentu - specialize/knowledge