Pages

Saturday 9 January 2016

Petikan kata-kata dari Dr.Azizan Osman

"Dan cuba fikirkan dengan mudahjika Tuhan kepada sekalian alam meredhai kita,  mengashi kitabukankah hidup kita akan lebih mudah Insya Allah?
Pokok pangkal segala perkara adalah kolam jiwa kita atau hati kita kerana di situlah  penilaian utama dariNyaRamai orang cuba mencari kekayaan hartabanyak wang atau  cuba mencari rezeki dengan bekerja atau berniagatetapi akhirnya tidak dapat apa yang 
diinginkanduit yang ada semakin "bocor", lagi dicari lagi hilang..... Kenapa?

Wallahu A'lam kenapaTetapi atas pengalaman saya sendirisaya dapati bila hati kita tidak ‘connected’ dengan Allah swttidak lakukan sesuatu untuk dapatkan kasih sayangNyasaya dapati kehidupan saya dahulu sangat susah walaupun nampak senangHati tidak tenangMasalah tidak putus-putusDuit makin dicari makin tiada

Tetapibeberapa formula yang saya selalu kongsikan di dalam kelas-                   kelas seminar saya yang telah saya lakukan dengan izinNyaAlhamdulillah banyak merubah hidup saya serta kemudiannya kewangan. Ada 2 perkara atau bahagian yang anda  perlu tahuPertamausaha dan ikhtiar luaranKeduausaha dan ikhtiar dalaman.
Usaha luaran tidak bergantung pada usaha kudrat empat kerat tetapi yang lebih penting  adalah usaha dengan bijak dengan ilmuRamai yang ingin memperbaiki hidup mereka  tetapi tidak ada ilmu atau tidak mahu mencari ilmuSebab itu saya sangat percaya dengan prinsip untuk berjaya dengan pantas kita perlu ada Mentor, Ilmu tentang Emosi (Elmu), Strategi yang terbukti berjayaTindakan luar biasa dan Impian yang jelas. (M.E.S.T.I).
Usaha dalaman pula melibatkan usaha dengan memperbaiki hubungan hati kita kepadaNyadan sesama makhluk terutamanya manusia lain. Peliknya ialahuntuk kita memperbaiki kehidupan dan kewangan kitalebih banyak kita buat perkara di bawah iniInsya Allah kehidupan kita akan lebih tenang dan kita boleh rasai keberkatanNya serta kemurahan  rezekiNya.
Anda nak tahu apa?
Niatkan buat apa sahaja kerana mahukan redha Allah swt dan kasih sayangNya serta kasih sayang kekasihNya baginda Nabi saw.
Gembirakan makhluknya iaitu manusia lainnya dengan bersedekah. Dan jangan tunggu bila kononnya ada banyak duit nanti baru nak bersedekahInsya Allah pengalaman saya sendirisusah anda akan dapat banyak rezeki dan barokah jika anda tidak biasakan bersedekah sebagai agenda harian hidup anda walaupun bermula dengan amaun yang kecil hingga menjadi bertambah besarBila orang lain menerima musibahia sebenarnya bukan hanya ujian Allah swt kepada mereka tetapi ia juga ujian Allah swt kepada kita untuk melihat di manakah tahap iman kita kerana dikatakan satu maksud hadis yang saya pernah bacatidak dikatakan seseorang itu beriman sehingga dia lebih menyayangi saudara Islamnya lebih dari dia menyayangi dirinya sendiriErmtapi hari ini ianya macam tidak berapa banyak berlakuWallahu A'lamSetiap hari orang Islam bertekak tentang perkara-perkara yang entah apa-apa.

Sentiasa melihat keadaan kitaapa yang kita ada sebagai lebih baik dari mereka yang lebih dahsyat ujianNyamaka kita biasakan bersyukurContohnyakita mungkin belum hidup senangtetapi kita masih dapat makan 3 kali sehari sedangkan ada ramai orang lain nak makan satu kali sehari pun susahJadikunci kata di sini adalah BERSYUKUR.










Wednesday 6 January 2016

Assalamualaikum..

Haah...saya nak sambung lagi cerita saya semalam...nak kongsi rahsia tentang pemakanan genius atau pemakanan sunnah. Hari ini kita berkongsi tentang khasiat memakan KISMIS 


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

Rasanya setakat ini saya kongsikan ...dah ngantuk....sambung esok yer... In Sya Allah



Tuesday 5 January 2016

Asslamualaikum....

Hari ini saya naklah berkongsi rahsia tentang pemakanan genius atau pemakanan sunnah...



Berikut adalah makanan sunnah yang saya rasa patut kita jadikan amalan harian untuk kebaikan diri


”:Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Ustazah saya juga pernah mengesyorkan tentang kebaikan makanan sunnah ini..Mutahir ini telah ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan atau kesahihan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu, kismis dan telur dll. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) MADU
Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat berkhasiat yang menjadi amalan para genius Islam. Di dalam Al Quran ada beberapa surah menyebut tentang kelebihan dan khasiat madu ini, antaranya dalam "Surah An Nahl (16) ayat 57 (juz 11) m.s:215 dalam Al Quran - "Minuman madu (yang) bermacam-macam warna2nya didalamnya (terdapat ubat) bagi manusia" (ini adalah salah satu dari ayat amalan shifa' yang enam)
Ini bermakna Al-Quran telah mengiktiraf madu ini sebagai penawar (shifa') iaitu penyembuh terhadap penyakit.  Manisan madu juga digelar " Raja Ubat", yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.  Ia merupakan makanan untuk kesihatan keseluruhannya.  Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang boleh meningkatkan ingatan serta kecerdasan otak/mental seseorang manusia,
Dari segi saintifik Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti  kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal & mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat dan lain2. 
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
Cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang khasiat makanan sunnah....bersambung untuk makanan sunnah seterusnya... 

Assalamualaikum 

Saya kongsi satu cerita dari petikan atau tulisan rakan saya untuk kita sama hayati dan renungkan...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa semanis ini. Sedapppnya. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan hanya setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut si Hamba, mudahnya dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam itulah kita... bila dapat nikmat sedikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIHI AJMA'EEN

Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Step 3:
Mudah2an anda membaca catatan ini.

Result 1:
Alhamdulillah  Anda telah berjaya  mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa.

Result 2:
Anda juga telah berjaya  untuk mengingati, serta bersalawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. Utusan Allah.

Result 3:
Mudah2an  mereka yang membaca catatan di dalam blog ini mendoakan kesejahteraan untuk anda dan diAAMIINKAN oleh para Malaikat IN SHA ALLAH  Oleh itu... fikir-fikirkanlah sambil merenungi dan bersyukur betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya. Bersama2lah kita berdoa agar sentiasa mendapat rahmat Allah dan juga nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan/perjuangkan

MOGA MENDAPAT RAHMAT DAN REDHA ALLAH PEMBACA SEMUA AAMIIN.