Pages

Tuesday 5 January 2016

Asslamualaikum....

Hari ini saya naklah berkongsi rahsia tentang pemakanan genius atau pemakanan sunnah...



Berikut adalah makanan sunnah yang saya rasa patut kita jadikan amalan harian untuk kebaikan diri


”:Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Ustazah saya juga pernah mengesyorkan tentang kebaikan makanan sunnah ini..Mutahir ini telah ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan atau kesahihan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu, kismis dan telur dll. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) MADU
Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat berkhasiat yang menjadi amalan para genius Islam. Di dalam Al Quran ada beberapa surah menyebut tentang kelebihan dan khasiat madu ini, antaranya dalam "Surah An Nahl (16) ayat 57 (juz 11) m.s:215 dalam Al Quran - "Minuman madu (yang) bermacam-macam warna2nya didalamnya (terdapat ubat) bagi manusia" (ini adalah salah satu dari ayat amalan shifa' yang enam)
Ini bermakna Al-Quran telah mengiktiraf madu ini sebagai penawar (shifa') iaitu penyembuh terhadap penyakit.  Manisan madu juga digelar " Raja Ubat", yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.  Ia merupakan makanan untuk kesihatan keseluruhannya.  Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang boleh meningkatkan ingatan serta kecerdasan otak/mental seseorang manusia,
Dari segi saintifik Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti  kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal & mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat dan lain2. 
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
Cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang khasiat makanan sunnah....bersambung untuk makanan sunnah seterusnya... 

No comments:

Post a Comment