Pages

About

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera....Hi..
Saya Hajah Kay dari Putrajaya..Nama saya sebenar Hjh.Kamariah Hj.Sulaiman..panggilan Hjh.kay saja atau..Kak Jah..Umur dalam lingkungan 50an. Saya mempunyai seramai 4 orang cahaya mata ..yang sulung putra, tengah puteri, ketiga putera dan bongsu puteri.  Saya bermastautin di Putrajaya semenjak berpindah daripada K.Lumpur pada tahun 2001.  Saya seorang kakitangan awam di salah sebuah Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Saya seperti anda semua berkerjaya tapi dalam masa yang sama berminat untuk berjinak-jinak dalam part time biz ...Bukanlah gaji tak cukup tapi memandangkan keperluan semasa yang memerlukan kita perlu buat part time bisnes sebab nilai wang merudum di mana ringgit Malaysia yang merosot berbanding dollar...Begitu juga barangan yang punya nilai meningkat dan ini membuatkan saya ubah minda tidak hanya ke arah kerja sedia ada tapi haruslah buat sesuatu untuk keluarga tercinta untuk tambah pendapatan.. Bil2 yang perlu dibereskan, hutang piutang seperti rumah yang  masih belum langsai dan hutang kereta yang perlu dibayar.  Takkan selamanya hidup dikelilingi hutang...Bila lagi nak bebas dari itu semua...

Tapi saya juga ada minat dan hobi tersendiri...dari zaman sekolah sehingga kini...iaitu kumpul setem dan setem kenangan dan sampul surat pertama/first day cover.  Hobi ini dulu hanya suka-suka tapi bila menjadi peminat first day cover ni dengan pelbagai sejarah yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia setiap tahun pelbagai acara, peristiwa dan pelbagai lagi yang diabadikan sebagai kenangan bagi peminat2 setem ni,  Dari setem kenangan ini kita dapat tahu tentang sejarah, peristiwa tertentu,  jenis2 binatang samada hidupan laut/air & hidupan darat, kesenian pelbagai bangsa dan lain-lain,  Mungkin kita tidak pernah terfikir atau tahu sejarahnya akan mula berminat untuk membeli setiap keluaran bila membaca isi kandungannya. Walaupun kita terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan setiap keluaran, disebabkan rasa minat yang mendalam, itu wang tak jadi masalah..  Setengah peminat setem kenangan ini boleh juga membuat duit menerusi pembelian dalam jumlah yang banyak mengikut peristiwa yang dikeluarkan. Mereka akan menjualkan semula dalam jangkawaktu tertentu sehinggi nilaian first day cover itu meningkat harganya berbanding harga semasa membelinya. Ada juga sesetengah peminat first day cover ni bertukar-tukar dengan sesama mereka yang punya minat yang sama samada dari dalam atau luar negara.
Saya belumlah buat seperti itu sebab masih sayang dengan apa yang saya miliki ini.  '






No comments:

Post a Comment